Monday, December 7, 2009

ke arah minda kelas pertama

3 aspek amalan nilai
a) profesionalisme
b) pengetahuan
c) kemahiran pengajaran n pembelajaran
TPM menggariskan 3 aspek nilai untuk guru patuhi......berat bunyinya, namun amalan berkenaan sudah sebati dalam jati diri guru sejak sekian lama......
harapnya, pemikiran para ibu bapa dan juga masyarakat seiring dengan nilai berkenaan...
jangan satu telunjuk kat para guru, 4 lagi, tak sedar salahkan diri sendiri..fikirkan

Wednesday, November 18, 2009

PENGERTIAAN KASIH DAN HARAPAN..

Seawal 4 pagi, mata sudah malas nak melayan mimpi...ku cuba pejamkan lagi..namun perasaan takut dan teruja untuk menghadapi hari ini menyebabkan mata ini cekal terbuka..Tanpa pedulikan keinginan hati untuk menyambung buaian mimpi,aku bangkit dan turun dari katil..sekilas ku pandang 2 insan kesayanganku nyenyak diulit mimpi..aku tersenyum dan bahagia aku terpilih menjadi antara insan penting mereka..

aku berjalan ke pintu dan dengan perlahan mengatur langkah..risau si kecil terjaga dek kebisingan yang kerap kulakukan pada waktu pagi...

Langkah cepat ku atur ke dapur..lauk kukeluarkan dari peti ais..keinginan untuk memasak membuak-buak pula hari ni...bukan apa, risau diri tidak sempat menjamah kelazatan lidah dek kesibukkan yang akan ku harungi hari ni..

Siap menyiapkan sajian ringkas, aku mula bersiap dan melaksanakan semua tanggungjawab yang perlu...

7.00 pagi....usai menghantar anak ke rumah pengasuh, aku memandu dengan tenang ke destinasi...sebuah sekolah dipinggir bandar, tempat anak-anak yang majoriti pekerja industri menuntut ilmu..hari ini bakal mencipta dan mungkin juga mencacatkan sejarah ribuan remaja 17 tahun dalam pengabadian mereka selama 12 tahun bergelar anak didik...hari ini,18 november 2009, hari pertama peperiksaan SPM..

7.30 pagi...aku mulakan tugasan..mengira dan menyusun buku jawapan pelajar, dan bersiap sedia mengedar soalan setelah pelajar masuk...jauh dihujung fikiran logik ku,aku sedar,..secara tidak langsung aku juga berdebar-debar..seakan aku yang akan duduk di salah sebuah kerusi di dewan itu..ironinya,aku sudah melaluinya 10 tahun yang lepas...

7.50 minit pagi....rakan setugas mula memberi arahan..

"Calon-calon dibenarkan masuk ke dewan sekarang. Anda tidak dibenarkan bising dan perlu duduk ditempat anda sehingga arahan seterusnya"..dengan yakin bernada tegas seorang pendidik, arahan itu begitu sempurna bagiku...

kami berdiri pada muka pintu menanti pelajar...dari jauh ku nampak barisan manusia berbaju putih, berkain dan berseluar hijau menuju ke pintu dewan...laksana barisan depan tentera..yang takut namun penuh azam untuk terus melangkah...

'bagusnya pelajar sekolah ni"..bisikku didalm hati..masakan tidak,mereka sungguh berdisiplin..beratur dan tanpa sebisik bunyi boleh kudengar...namun pujian ku di dalam hati seketika cuma..sehabis kelibat barisan pelajar,aku terkejut melihat muka-muka kerisauan dan bingit dengan suara esakkan..

"kenapa?"..aku bertanya rakan sebelahku inginkan kepastian..masing-masing menjungkit bahu tanda belum mengerti dengan serangan emosi secara tiba-tiba itu..

lantas..kesunyian barisan pelajar menjadi sangat gamat..tiada lagi barisan..hanya yang dapat kulihat,masing-masing dipeluk oleh orang dewasa yang menahan sendu...

aku terpaku, lidah kami kelu..tiada satupun arahan yang terlintas difikiran untuk diberikan...tanpa dapat kutahan..air mata tidak segan mengalir...kami guru pengawas tidak lokek berkongsi rasa haru....

rupa-rupanya...pelajar tadi diiring oleh ibu bapa sebaik langkah pertama mereka meninggalkan kediaman...dan saat ingin melangkah ke dewan peperiksaan,masih dipeluk dan diberikan kata-kata semangat serta doa harapan....

hari seakan lambat berlalu...diri berpijak dibumu nyata,namun fikiran dan emosi melayang terkenangkan ibu bapa di kampung..

mak dan ayah, tercapaikan harapan kalian pada diri ini..sesungguhnya anakmu telah berusaha untuk yang terbaik buat kegembiraan kalian.,

Tuesday, November 10, 2009

APALAH NAK JADI....

baca tajuk tu, persepsi pertama tentunya keluhan tanda berputus asa...dari satu segi, ye..memang aku dah berputus asa...

sangat berputus asa dengan sikap pelajar tingkatan 5 yang masih belum menginsafi diri..sedangkan kalau dikira dan dihitung hari, 8 hari lagi mereka akan menduduki SPM....apalah nak jadi...

pagi ni, seperti biasa aku mengah 'panjat' tangga setinggi 4 tingkat...sudah ku dengar riuh rendah dan bingit suara pelajar kelas yang akan ku 'juangkan' ilmu nanti..

"apalah nak jadi dengan mereka..sempat lagi buat bising"..bisik hati kecilku..

"cikgu, penat erk?"..sapaan pertama seorang pelajar lelaki sebaik melihatku..

"mengah lagi saya tgk awak bergembira"..balasku endah tak endah...

dari cuping telingaku, aku terdengar 2,3 suara berbisik "cikgu bad mood tu"

aku abaikan bisikan tadi...tanpa hiraukan bingit pelajar, aku mulakan rutinku.

"ok pelajar, kemaskan baju awak yang terlondeh kat luar tu,ambil sampah bawah meja masing-masing, berhenti bercakap dan jangan cabar kesabaran saya"..

buat seminit dua, keadaan bingit tadi bertukar senyap..(betul-betul seminit dua), kemudian kelas bertukar macam pasar pagi.

entah kenapa,aku betul-betul naik darah..lebih tepat,kecewa dengan mereka...

aku mula menutup buku yang ku buka tadi...

"periksa tinggal berapa hari", aku mula bertanya kepada 'taiko bising' di dalam kelas.

'8 hari lagi cikgu", jawab rakannya.

'kenapa cikgu?'

'tak de kenapa..tak sabar nak tunggu hari 'lepas beban', dah tak larat nak tengok muka korang lagi.

'kenapa cikgu cakap macam tu,sampai hati cikgu"

'saya sampai hati la, saya cakap macam ni...korang memang belum nginsaf..'agaknya masa hari periksa dan awak antar kertas kosong baru nak sedar..kalau tak nak belajar, kelaur dan jangan ganggu kawan awak yang ada rasa sedar diri nak ilmu..kata saya dengan suara yang lantang.

alhamdulillah...mungkin mengerti kemarahan saya, atau dah memang tak nak dengar saya membebel,mereka diamkan diri,mula buka buku dan menjawab kertas soalan yang saya berikan...

masa 40 minit berlalu...walau hati bermula dengan rasa 'panas', mereka siapkan juga 4 soalan struktur sejarah yang diberikan...loceng nyaring di cuping telinga. aku mula bersedia melangkah keluar. Namun langkahku terhenti..sejuk hati mendengar ucapan terima kasih daripada pelajar..betullah, hati seorang guru, semarah mana hati, mendengar suara harapan dan pohon restu ilmu dari seorang bergelar pelajar, hati yang panas, bak disiram salju akhirnya...

namun, refleksinya...saya memang tak berpuas hati dengan sikap pelajar yang memang tak ada rasa nak belajar...dan tidak berfikir jauh (jika gagal,apa yang akan berlaku kepada mereka)

namun, begitulah lumrah hidup seorang insan bergelar guru...hati dan fikiran, didedikasi untuk kejayaan pelajar....

Wednesday, October 21, 2009

aku makin redha untuk segala ketentuanMu

BERITA TERUJA

Mendapat berita positif mengenai kandunganku kali kedua amat mengujakan...apakan tidak, si irdina asyik tanya baby je..siap tahu mintak doa lagi "Ya Allah, Irdina nak baby"....nak tergelak pun ader,,,namun jauh disudut hati,aku bangga dengan kepetahan puteri sulongku ini..terima kasih tuhan,anugerahmu tidak terhingga....


ENTAH KENAPA

aku sendiri pun heran, kenapa kali ini aku begitu berhati-hati menjaga kandunganku..malah, pembawakan budak amat ketara...sehingga suamiku pun terkena tempiasnya...aku pun tak pasti sejauh mana benarnya,tapi suamiku muntah, demam dan tak lalu makan je....


AKU TERKEJUT

aku sangat terkejut....suatu hari,balik dari sekolah....beberapa titis darah, terzahir semasa aku ke toilet..aku sangat terkejut, namun pada masa yang sama, aku berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku


KU SANGKAKAN PANAS HINGGA AKHIRNYA, NAMUN TSUNAMI MENDATANG

Raya kedua, sedang aku bergembira berkunjung ke rumah saudara, aku terasa ada kesakitan yang amat perit utk kugambarkan...dan saat itu, aku tahu.....janin dalam rahimku,mungkin akan pergi utk selama-lamanya...aku dibawa kehospital..dan disahkan keguguran...perasaanku? ntahlah,kalau sebelumnya aku amat berharap kandungan ini kuat dan mampu melihat dunia, namun apabila doktor mengatakan, punca keguguran kerana janinku tidak sihat n badanku 'reject'..aku menjadi lega.....sesungguhnya allah lebih mengetahui atas apa yang berlaku


AKU MENERIMA HAKIKAT

memang...aku memang menerima hakikat,anugerah itu hanya sementara namun aku bersyukur..sokongan suami dan keluarga amat meringankan beban minda yang pernah ku tanggung...Irdina pun seakan mengerti, malah dia sudah tidak bertanyakn baby lagi.

Irdina, kau penghibur lara Umi..terima kasih tuhan...


Friday, May 29, 2009

AKHIRNYA......AKU...

dAH lama tidak berenang dalam penulisan blog yang terdedah ni.....SIBUK....perkataan itu seringkas 5 huruf namun apabila terperangkap dalamnya...memang sukar...banyak perkara yang terhalang namun positifnya, perkara yang memang penting...telah terlaksana..


hari ni...29 mei...MEI....

tak ku sangka...banyak rupanya perkara yang berlaku dalam Mei ni.....

1) belum terlambat rasanya...mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru2 yang pernah mendidik diri ini, kepada rakan sejawat dan juga kepada diri sendiri.....

Sambutan hari guru peringkat sekolah, walau ringkas, sangat meninggalkan kesan..tambahan pula, aku telah memenangi PIALA PUSINGAN PENGETUA; GURU PALING INOVATIF PERINGKAT SEKOLAH JE. jangan salah anggap, pn anar bukan lah inovatif mana pun, cuma tahun ni penilaian berdasarkan hasil kreatif penulisan sajak...jadi, penulisan sajak memang pn anar suka,n Alhamdulillah, merasa la peluang menang tahun ni...kalau dinilai dari segi lain..belum tentu..heheheh


inilah piala n sedikit hadiah sempena hari guru....
2) ok...selain hari guru...diucapkan juga selamat hari lahir kepada adinda yang jauh dirantauan (Nizhny Nozgorod, Russia) ARIFF BIN ABD RAHIM....Semoga dirimu dimurahkan rezaki dan segala kebaikkan
apapun, menjadi seorang guru adalah perkara yang terbaik dapat pn anar lakukan demi anak bangsa...doakan diri ini tabah...

Saturday, February 28, 2009

BUTA HURUF?pastikan anak anda bukan salah seorang daripadanya

BUTA huruf.....

sangat menyedihkan jika sudah berumur 17 tahun, bersekolah sudah hampir 10 tahun, tapi masih tidak mengenal huruf, membaca dan hanya mampu menulis dengan meniru perkataan pada buku....itulah hakikatnya.....

Program P1NCH yang dilancarkan di seluruh sekolah negeri Johor sejak 2006 membuka mata dan minda saya......mengungkap realiti kehidupan pelajar sekarang...dalam kita sibuk berbincang berkenaan masalah disiplin, sikap pelajar yang telah terjajah dengan budaya barat, "perang" guru dan pelajar, guru dan ibu-bapa, penggunaan Bahasa Inggeris dalam pemelajaran....ditambah lagi dengan hal yang dah jadi badi setiap hari isnin hingga jumaat, pukul 7.30 hingga pukul 2.00 petang seperti merokok,ponteng kelas,ponteng sekolah,membuli,melawan guru, dan seribu satu masalah lagi.......semua masalah tersebut, bagi saya tidak terlalu menyedihkan berbanding seorang pelajar yang sudah berumur 17 tahun tetapi belum KENAL HURUF...

SALAH SIAPA?.......soalan ini yang paling menyeronokkan,...apabila ditanya salah siapa..inilah peluangnya nak menuding jari...salahkan pihak sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menengah, ibu bapa,pelajar itu sendiri????, malah, pelbagai pihak kaitkan ...yang kadang kala buat saya terfikir....LOGIK KE TU????
Tentunya yang tersenarai "SALAH" tadi, akan saling tuduh menuduh, keluarkan kenyataan seiring seribu satu teori,pelbagai alasan, pelbagai bukti dan formula....namun, SUDAH BOLEH MEMBACAKAH PELAJAR YANG MALANG ITU????
Jadi, dalam kesibukkan mencari punca kesalahan itu, terima kasih kepada Program PINCH dan Intervensi....kerana cuba menyelamatkan pelajar yang hampir karam dalam kemegahan dunia pendidikan negara kita...
Program ini adalah satu program yang membantu pelajar mahir dalam 2M iaitu membaca dan menulis yang sepatutnya dipelajari seawal 4 atau 5 tahun..malah,ada jenaka yang amat sinonim dengan program ini iaitu dikenali sebagai PROGRAM PENEBUS DOSA...dosa siapa????..fikirlah sendiri....
Program ini bukan sahaja memberi tumpuan terhadap bacaan buku,malah pelbagai kaedah digunakan seperti menyanyi, menari, berdialog malah mencipta lirik lagu...TERIMA KASIH KEPADA PARA GURU YANG MENCIPTA DAN SENTIASA MEMURNIKAN PROGRAM INI...
Kepada ibu bapa di luar sana, dalam kesibukkan kita ,luangkan masa untuk menguji kemahiran ilmu pendidikan yang dipelajari anak-anak...mungkin anak anda salah seorang yang,,TAHU MEMBACA TETAPI TIDAK TAHU APA YANG DIBACA.....TAHU MENULIS...TETAPI TIDAK BERUPAYA MENGAPLIKASI PENULISAN MEREKA...semoga anda menjadi ibu bapa yang cemerlang...bantulah kami (guru-guru) mendidik anak-anak anda...
Semoga generasi akan datang, dapat membuat kita bangga....

Sunday, February 22, 2009

insan penting




permata hati umi n abah.....
irdina nur bahiyah...kau menceriakan hari2 umi....


Sunday, February 15, 2009

PERJUMPAAN PIBG...KENAPA PARENTS MAKIN TAK CAKNA?

Semalam, 14/2/2009..maybe masih ramai lagi anak muda remaja terlalu pentingkan tarikh tersebut walau sudah maklum .....betapa hari sebegitu tidak layak disambut,...apapun, bukan perkara "hari kekasih" yang diwujudkan untuk aggungkan valentino ingin dibincang....yang ingin disentuh,,,berkenaan sikap sesetengah ibu-bapa sekarang...
semalam,kat sekolah ada majlis perjumpaan PIBG,,hari sabtu,petang kul 3.00..dengan harapan ramai ibu-bapa yang akan datang untuk berbincang usul dan juga masalah berbangkit berkenaan anak-anak mereka...namun yang amat dikesali.....

KEHADIRAN IBU-BAPA TIDAK SAMPAI PUN 50% BERBANDING JUMLAH IBU BAPA YANG SEPATUTNYA HADIR.....
AMAT MENGECEWAKAN.
KENAPA???
1) MUNGKIN KERJA
2) BUANG MASA
3) MASALAH PENGANGKUTAN
4) MAKLUMAT TIDAK TEPAT
5) MEMANG SAJA TAK NAK DATANG...KALO DTG..NAK BUAT APA????
kepada ibu-bapa diluar sana, perjupaan PIBG antara medan yang amat sesuai berbincang berkenaan perkara yang mungkin tidak memuaskan hati ibubapa. salah satunya berkenaan bayaran tambahan (pd pendapat saya, makin mahal )....tapi,yang biasanya berlaku, media cetak dan media elektronik menjadi padang utama untuk ibu-bapa lahirkan ketidakpuasan hati dan menghentam pihak sekolah.( untuk makluman, sekolah tmpt saya mengajar dah pernah masuk metro tau..dihentam...glmer sgt2)
moralnya.....datanglah k perjumpaan PIBG dan berbincanglah bermula dari akar umbi..jgn tunggu terhantuk baru tergadah....
untuk makluman: perkara di atas dibangkitkan sebagai ingatan bukan niat nak mempersendakan mana-mana pihak..wasslam

Saturday, February 14, 2009

to mecx ja..lupa dimulut..tidak dihati

hepi belated besday...

sori...agak terlewat wish...ingat memang ingat, tapi tak sempat..masa ingat tu..ader je benda nak wat..apapun....tamat tempohnya 11/2/2010 kan?...jadi...masih baru lah

ok..memandangkan ja dh makin tua dan tak setanding taunya diriku..inginlah kak lg bagi beberapa pesanan cket...

1) jgn selalu picit jerawat, berparut....nanti tak der org nak pula....

2) jgn kuat sgt tido siang..nanti kencing manis..huhu

3) jgn selalu jd miss malas....x siap asgmnt

4) jgn selalu jd pengguna bijak..nanti jadi penabung yang kurang bijak....

5) jgn lupa solat...nanti yang 'jangan' tu tetap diamalkan...



semoga dirimu dilimpahi rahmat oelh yang MAHA ESA..insyallah

Friday, February 13, 2009

hari yang memenatkan..namun ia adalah keajaiban

adus.....nampaknya aku masih gagal aktvkan medan coretan ni...maklumlah...minggu yang amat memenatkan....pagi mengajar, ptg aktiviti sukan, kerja2 pentadbiran lagi, siapkan data itula,inilah, layan kerenah pelajar yang semakin hari semakin pelik lagi....malam pula siapkan head count, pastu taip soklan exam lagi.....
kesian irdina n abahnya....ciput je masa tuk diorg seminggu dua ni...maafkan umi ...
apapun..semakin lama dalam bidang ini, semakin aku yakin..aku tidak salah memilih kerja..memang ditakdirkan aku menjadi seorang guru....aku makin sayang akan kerja yang sangat mencabar minda dan emosi ini....walau mulut tak henti mengomel itu dan ini,..itu hanya satu cara untuk meringankan beban fikiran....yang pastinya..setiap hari yang berlalu merupakan pengalaman yang baru buat aku yang bergelar cikgu....
kepada bakal guru di luar sana..tahniah untuk anda kerana terpilih menjadi sebahagian daripada warga kerja yang penuh cabaran emosi, bebanan kerja yang mencabar namun memberi hasil yang amat membanggakan dan kematangan intelektual yang tinggi..sesungguhnya kita adalah insan yang terpilih untuk memberi cahaya ilmu kepada anak bangsa..tahniah cikgu...

Sunday, February 8, 2009

persoalanya..MENGAPA???

mengapa blog ini perlu wujud???

1) medan corat coret...mungkin berkaitan pengalaman, anugerah kehidupan atau pengajaran untuk ingatan diri sendiri dan juga tetamu blog ini.

2) enjin maklumat buat pelajar2 yang sayangi....semoga cikgu dapat membantu kalian mengakses sebanyak mungkin maklumat untuk bahan study

3) latihan untuk diri sendiri....semoga penghasilan blog ini dapat meningkatkan tahap kerajinanku menzahirkan karya dan menjana idea penulisan yang lebih sistematik dan bermutu

thanx to mexc ja

actually, blog ini diperintiskan oleh my younger sister..mexc ja ( owner cotem-cotem)
tima kacih daun keladi,ada masa tolong updt lagi.