Friday, February 11, 2011

bagaimana nak mencuri masa?

hanya sempat menjengah..belum sempat nk post nota yg dijanjikan .....sori la anak2 murid cikgu...cikgu bz......

Saturday, January 22, 2011

idea dilanda kekeringan

itu tajuk yg paling dirasakan sesuai untuk gambarkan betapa " lama sudah" ( dlm versi stacy ), diri tidak menjengah blog ni dan postkan smthng yg logik akal untuk dibaca...sudah hampir 3 tahun rupanya usia blog ini...pejam celik kata orang...yer...memang, kita tidak pernah sedar betapa cepatnya masa berlalu....
pn anar mengambil masa yg agak lama jelajah kembali posted....dan terbaca satu post ttg pn anar keguguran lebih setahun yg lalu...yar, itu cerita lama, namun masih terpahat dlm ingatan...walau janin itu gugur tanpa sempat bernyawa n melihat dunia, namun naluri hati seorang ibu tahu.....janin itu pernah wujud dan rasa terkilan tidak pernha luput dr medan ingatan...selari dengan rasa syukur pada Allah...menginsafi betapa besar kuasaNya...betapa Dia ada sebab untuk menjadikan sesuatu dan kita sebagai hamba dipilih untuk melaluinya.....
ironinya...kini saat-saat hiba dulu telah terbayar....3 bulan selepas keguguran tersebut, pn anar disahkan hamil lagi.....Alhamdulillah...dan kini 'the baby boy' sedang nyenyak tidur.....tidak terganggu langsung dek kebisingan kakaknya yang suara seiring dgn tingkah yg sangat riang....i
( indah hidup sebagai kanak-kanak )....
dan..kehidupan tidak pernah berubah..pn anar tetap melalui hidup sebagai seorang isteri, ibu dan tidak betah dengan panggilan 'cikgu' yang kadang-kadang menjadi satu terapi minda yang sangat indah...

Thursday, June 3, 2010

rindu akan medan ini

sudah lama tidak mencurahkan sesuatu...sebagai baja taman blog ini......namun pengisian apa yer????? tiada idea.....
yang pasti........idea datang saat akal dan fikiran bercelaru...erhm.....patutlah sampai sekarang belum berhasil nak jadi penulis...terbengkalai je....
apapun, harap,suatu hari nanti..apa yang dihajati,tercapai.......jgn pula cam citer adamaya...org lain berhajat,org lain yang dapat......

Monday, December 7, 2009

ke arah minda kelas pertama

3 aspek amalan nilai
a) profesionalisme
b) pengetahuan
c) kemahiran pengajaran n pembelajaran
TPM menggariskan 3 aspek nilai untuk guru patuhi......berat bunyinya, namun amalan berkenaan sudah sebati dalam jati diri guru sejak sekian lama......
harapnya, pemikiran para ibu bapa dan juga masyarakat seiring dengan nilai berkenaan...
jangan satu telunjuk kat para guru, 4 lagi, tak sedar salahkan diri sendiri..fikirkan

Wednesday, November 18, 2009

PENGERTIAAN KASIH DAN HARAPAN..

Seawal 4 pagi, mata sudah malas nak melayan mimpi...ku cuba pejamkan lagi..namun perasaan takut dan teruja untuk menghadapi hari ini menyebabkan mata ini cekal terbuka..Tanpa pedulikan keinginan hati untuk menyambung buaian mimpi,aku bangkit dan turun dari katil..sekilas ku pandang 2 insan kesayanganku nyenyak diulit mimpi..aku tersenyum dan bahagia aku terpilih menjadi antara insan penting mereka..

aku berjalan ke pintu dan dengan perlahan mengatur langkah..risau si kecil terjaga dek kebisingan yang kerap kulakukan pada waktu pagi...

Langkah cepat ku atur ke dapur..lauk kukeluarkan dari peti ais..keinginan untuk memasak membuak-buak pula hari ni...bukan apa, risau diri tidak sempat menjamah kelazatan lidah dek kesibukkan yang akan ku harungi hari ni..

Siap menyiapkan sajian ringkas, aku mula bersiap dan melaksanakan semua tanggungjawab yang perlu...

7.00 pagi....usai menghantar anak ke rumah pengasuh, aku memandu dengan tenang ke destinasi...sebuah sekolah dipinggir bandar, tempat anak-anak yang majoriti pekerja industri menuntut ilmu..hari ini bakal mencipta dan mungkin juga mencacatkan sejarah ribuan remaja 17 tahun dalam pengabadian mereka selama 12 tahun bergelar anak didik...hari ini,18 november 2009, hari pertama peperiksaan SPM..

7.30 pagi...aku mulakan tugasan..mengira dan menyusun buku jawapan pelajar, dan bersiap sedia mengedar soalan setelah pelajar masuk...jauh dihujung fikiran logik ku,aku sedar,..secara tidak langsung aku juga berdebar-debar..seakan aku yang akan duduk di salah sebuah kerusi di dewan itu..ironinya,aku sudah melaluinya 10 tahun yang lepas...

7.50 minit pagi....rakan setugas mula memberi arahan..

"Calon-calon dibenarkan masuk ke dewan sekarang. Anda tidak dibenarkan bising dan perlu duduk ditempat anda sehingga arahan seterusnya"..dengan yakin bernada tegas seorang pendidik, arahan itu begitu sempurna bagiku...

kami berdiri pada muka pintu menanti pelajar...dari jauh ku nampak barisan manusia berbaju putih, berkain dan berseluar hijau menuju ke pintu dewan...laksana barisan depan tentera..yang takut namun penuh azam untuk terus melangkah...

'bagusnya pelajar sekolah ni"..bisikku didalm hati..masakan tidak,mereka sungguh berdisiplin..beratur dan tanpa sebisik bunyi boleh kudengar...namun pujian ku di dalam hati seketika cuma..sehabis kelibat barisan pelajar,aku terkejut melihat muka-muka kerisauan dan bingit dengan suara esakkan..

"kenapa?"..aku bertanya rakan sebelahku inginkan kepastian..masing-masing menjungkit bahu tanda belum mengerti dengan serangan emosi secara tiba-tiba itu..

lantas..kesunyian barisan pelajar menjadi sangat gamat..tiada lagi barisan..hanya yang dapat kulihat,masing-masing dipeluk oleh orang dewasa yang menahan sendu...

aku terpaku, lidah kami kelu..tiada satupun arahan yang terlintas difikiran untuk diberikan...tanpa dapat kutahan..air mata tidak segan mengalir...kami guru pengawas tidak lokek berkongsi rasa haru....

rupa-rupanya...pelajar tadi diiring oleh ibu bapa sebaik langkah pertama mereka meninggalkan kediaman...dan saat ingin melangkah ke dewan peperiksaan,masih dipeluk dan diberikan kata-kata semangat serta doa harapan....

hari seakan lambat berlalu...diri berpijak dibumu nyata,namun fikiran dan emosi melayang terkenangkan ibu bapa di kampung..

mak dan ayah, tercapaikan harapan kalian pada diri ini..sesungguhnya anakmu telah berusaha untuk yang terbaik buat kegembiraan kalian.,

Tuesday, November 10, 2009

APALAH NAK JADI....

baca tajuk tu, persepsi pertama tentunya keluhan tanda berputus asa...dari satu segi, ye..memang aku dah berputus asa...

sangat berputus asa dengan sikap pelajar tingkatan 5 yang masih belum menginsafi diri..sedangkan kalau dikira dan dihitung hari, 8 hari lagi mereka akan menduduki SPM....apalah nak jadi...

pagi ni, seperti biasa aku mengah 'panjat' tangga setinggi 4 tingkat...sudah ku dengar riuh rendah dan bingit suara pelajar kelas yang akan ku 'juangkan' ilmu nanti..

"apalah nak jadi dengan mereka..sempat lagi buat bising"..bisik hati kecilku..

"cikgu, penat erk?"..sapaan pertama seorang pelajar lelaki sebaik melihatku..

"mengah lagi saya tgk awak bergembira"..balasku endah tak endah...

dari cuping telingaku, aku terdengar 2,3 suara berbisik "cikgu bad mood tu"

aku abaikan bisikan tadi...tanpa hiraukan bingit pelajar, aku mulakan rutinku.

"ok pelajar, kemaskan baju awak yang terlondeh kat luar tu,ambil sampah bawah meja masing-masing, berhenti bercakap dan jangan cabar kesabaran saya"..

buat seminit dua, keadaan bingit tadi bertukar senyap..(betul-betul seminit dua), kemudian kelas bertukar macam pasar pagi.

entah kenapa,aku betul-betul naik darah..lebih tepat,kecewa dengan mereka...

aku mula menutup buku yang ku buka tadi...

"periksa tinggal berapa hari", aku mula bertanya kepada 'taiko bising' di dalam kelas.

'8 hari lagi cikgu", jawab rakannya.

'kenapa cikgu?'

'tak de kenapa..tak sabar nak tunggu hari 'lepas beban', dah tak larat nak tengok muka korang lagi.

'kenapa cikgu cakap macam tu,sampai hati cikgu"

'saya sampai hati la, saya cakap macam ni...korang memang belum nginsaf..'agaknya masa hari periksa dan awak antar kertas kosong baru nak sedar..kalau tak nak belajar, kelaur dan jangan ganggu kawan awak yang ada rasa sedar diri nak ilmu..kata saya dengan suara yang lantang.

alhamdulillah...mungkin mengerti kemarahan saya, atau dah memang tak nak dengar saya membebel,mereka diamkan diri,mula buka buku dan menjawab kertas soalan yang saya berikan...

masa 40 minit berlalu...walau hati bermula dengan rasa 'panas', mereka siapkan juga 4 soalan struktur sejarah yang diberikan...loceng nyaring di cuping telinga. aku mula bersedia melangkah keluar. Namun langkahku terhenti..sejuk hati mendengar ucapan terima kasih daripada pelajar..betullah, hati seorang guru, semarah mana hati, mendengar suara harapan dan pohon restu ilmu dari seorang bergelar pelajar, hati yang panas, bak disiram salju akhirnya...

namun, refleksinya...saya memang tak berpuas hati dengan sikap pelajar yang memang tak ada rasa nak belajar...dan tidak berfikir jauh (jika gagal,apa yang akan berlaku kepada mereka)

namun, begitulah lumrah hidup seorang insan bergelar guru...hati dan fikiran, didedikasi untuk kejayaan pelajar....

Wednesday, October 21, 2009

aku makin redha untuk segala ketentuanMu

BERITA TERUJA

Mendapat berita positif mengenai kandunganku kali kedua amat mengujakan...apakan tidak, si irdina asyik tanya baby je..siap tahu mintak doa lagi "Ya Allah, Irdina nak baby"....nak tergelak pun ader,,,namun jauh disudut hati,aku bangga dengan kepetahan puteri sulongku ini..terima kasih tuhan,anugerahmu tidak terhingga....


ENTAH KENAPA

aku sendiri pun heran, kenapa kali ini aku begitu berhati-hati menjaga kandunganku..malah, pembawakan budak amat ketara...sehingga suamiku pun terkena tempiasnya...aku pun tak pasti sejauh mana benarnya,tapi suamiku muntah, demam dan tak lalu makan je....


AKU TERKEJUT

aku sangat terkejut....suatu hari,balik dari sekolah....beberapa titis darah, terzahir semasa aku ke toilet..aku sangat terkejut, namun pada masa yang sama, aku berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku


KU SANGKAKAN PANAS HINGGA AKHIRNYA, NAMUN TSUNAMI MENDATANG

Raya kedua, sedang aku bergembira berkunjung ke rumah saudara, aku terasa ada kesakitan yang amat perit utk kugambarkan...dan saat itu, aku tahu.....janin dalam rahimku,mungkin akan pergi utk selama-lamanya...aku dibawa kehospital..dan disahkan keguguran...perasaanku? ntahlah,kalau sebelumnya aku amat berharap kandungan ini kuat dan mampu melihat dunia, namun apabila doktor mengatakan, punca keguguran kerana janinku tidak sihat n badanku 'reject'..aku menjadi lega.....sesungguhnya allah lebih mengetahui atas apa yang berlaku


AKU MENERIMA HAKIKAT

memang...aku memang menerima hakikat,anugerah itu hanya sementara namun aku bersyukur..sokongan suami dan keluarga amat meringankan beban minda yang pernah ku tanggung...Irdina pun seakan mengerti, malah dia sudah tidak bertanyakn baby lagi.

Irdina, kau penghibur lara Umi..terima kasih tuhan...